Assalamu'alaikum ukht yang disayangi. Awalan Ramadhan ini, marilah kita bersama-sama “menkoreksikan diri” (maaf yer shida, akak pinjam ayat tu), semoga keberkatan ramadhan itu akan kita nikmati semaksima yang mungkin. Beribadahlah seikhlas mungkin pada Ramadhan kali ini, sebab kita takkan tau adakah kita masih bernafas hingga Ramadhan yang akan datang. Wallahua’lam. Seandainya Ramadhan ini adalah yang terakhir untuk kita teguk barakahNya, kita takkan terkilan.
Ramadhan adalah bulan penuh kemuliaan. Bulan pesta ibadah. Amat disukai oleh golongan yang sentiasa berlumba untuk mendekatkan diri dengan Pencipta Yang Esa. Tetapi, bulan ini cukup tidak disenangi oleh mereka yang sentiasa lalai dalam hidup, senang cakap oleh insane-insan yang merasakan mereka “lama” lagi nak terima ziarah malaikat maut.
Ukht yang dirahmati,
Coretan sirah silam sahabat-sahabat muslimah terlalu hebat untuk diperkatakan. Lambang kelembutan sedingin salju, namun ketegasan menagih syahid dalam menegakkan syiar Islam bersama kaum muslimin menjadi keutamaan. Mereka adalah muslimah sejati kebanggaan ummah. Allahuakhbar!!!
Title “Muslimah Sejati” idaman semua muslimah. Menjadi bunga idaman mutiara syurgawi. Perjuangan di dunia menagih 1001 pengorbanan, namun kejayaan yang kita raih di syurga pasti tidak akan sia-sia. Janji Allah itu pasti. Siapakah ”Muslimah Sejati”? Marilah kita berkongsi sedikit pengisian mengenai ”Muslimah Sejati”.
Muslimah Sejati ialah wanita yang meyakini Allah sebagai Rabb nya, Muhammad saw sebagai Nabinya dan Islam sebagai agamanya. Apabila diuraikan lebih spesifik lagi, muslimah sejati adalah :
1. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu besemangat dalam menuntut ilmu, bersemangat dalam mengamalkan ilmunya, dan semangat dalam mengajak orang lain agar mengamalkan ilmunya, sehingga kesan keimanan itu terlihat pada ucapannya, amalannya dan sikapnya.
2. Muslimah sejati ialah wanita yang memiliki ketaqwaan, kekusyukkan, selalu beribadah dan selalu menjaga kewajibannya. Selalu beristiqomah dalam amal-amal salihnya, menjauhi perkara-perkara yang dilarangNya, dan selalu bewaspada terhadap yang dilarangNya semata-mata kerana takutkan kemurkaan Allah dan pedihnya azab Allah.
3. Muslimah sejati ialah wanita yang sangat mencintai Allah SWT dan Rasulnya saw serta mentaati setiap perintah Allah dan Rasulnya. Dia rela mengorbankan dirinya, hartanya dan anak-anaknya serta apa-apa sahaja yang dimilikinya demi menolong agama Allah dan Rasulnya agar tegak di muka bumi.
4. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu mendidik anak-anaknya mentaatiAllah dan Rasulnya, mengajarkan kepada mereka aqidah (keimanan) yang benar, menanamkan ke dalam jiwa mereka kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, serta menjauhkan mereka dari perbuatan-perbuatan maksiat dan akhlak-akhlak tercela.
5. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu teguh bagaikan gunung dalam menghadapi pelbagai ujian dan kesusahan dalam kehidupan dunia. Tidak pernah goyah hatinya ketika menghadapi kesusahan dan kesulitan dunia, dan selalu bersikap zuhud terhadap dunia. Keimanan tertanam di dalam hatinya, sehingga dia selalu mengharapkan pahala dari Allah atas setiap musibah yang menimpanya.
6. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu mentaati suaminya. Dia selalu bersikap lembut dan kasih sayang kepada suaminya, mengajaknya kepada hal-hal yang baik, dan selalu melakukan hal-hal yang menyenangkan suaminya. Tidak berbicara kasar di hadapan suaminya dan tidak bersuara keras ketika berbicara di hadapan suaminya. Selalu berbakti pada suaminya, menjadi rakan kongsi dan pembantu suaminya dalam pengamalan dan perjuangan agama, sehingga suami mendapat kedamaian dan ketenangan jika berada di sampingnya. Jika suami memandangnya, maka ia dapat menyenangkannya dengan keindahan kata-kata dan senyumannya. Jika suami menyuruhnya, dia mentaatinya dan jika suami sedang pergi, dia dapat menjaga dirinya, harta suaminya dan anak-anaknya.
Titipan daripada Ust. Drs. Musthafa Sayani, dalam bukunya Jati Diri Wanita Muslimah.
nukilanummu khair
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Imam al-Ghazali menulis:
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam: yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
nukilan simple_shida
Thursday, October 06, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment